sambutan bulan kemerdekaan 2017
- Super User
SMKA Durian Guling telah melancarkan pelbagai program dan aktiviti di peringkat sekolah sempena meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2017 yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan negara ke-60 bertemakan "Negaraku Sehati Sejiwa". Program-program tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara, serta perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Semua aktiviti yang diadakan melibatkan semua murid tingkatan 1 hingga 6, dan dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK).
Antara acara yang telah dilaksanakan ialah pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 Peringkat SMKADG, pertandingan melukis dan mewarna, pertandingan mengarang , pertandingan menulis esei kemerdekaan, kuiz kemerdekaan, Pertandingan Keceriaan Kelas Edisi Khas sempena Bulan Kemerdekaan, dan banyak lagi. Pada masa yang sama, Pengetua SMKADG, En. Salleh b AB Bakar turut menyarankan agar semua guru menyelitkan unsur-unsur kemerdekaan ke dalam sesi Pembelajaran dan Pengajaran sepanjang tempoh sambutan. Menurut Ketua Panitia PSK, Pn. Rafeah bt Musa, aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena sambutan tahun ini direka untuk menimbulkan keinsafan dalam diri setiap warga sekolah tentang kemakmuran yang dinikmati sebagai rakyat Malaysia seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60, dan betapa pentingnya setiap daripada kita berusaha untuk memelihara kemakmuran tersebut, serta terus berjuang untuk menambahbaik keadaan negara.
Selain program-program yang dijalankan, infrastruktur fizikal SMKADG turut dihiasi dengan Jalur Gemilang dan pelbagai paparan yang berkonsepkan kemerdekaan dan nilai-nilai patriotik bagi mewujudkan suasana ceria dan meningkatkan semangat warga sekolah untuk meraikan sambutan tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 Peringkat SMKADG, dan mengharapkan agar semua akviti yang dilaksanakan mencapai matlamat yang diharapkan.
MAJLIS PENYERAHAN TUGAS MPP 2018
- Super User
SECARA RASMINYA MPP 2017 MENYERAHKAN TUGAS KEPADA MPP 2018 BAGI MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN KEPADA PEPERIKSAAN AWAM YANG AKAN DITEMPUHI OLEH MEREKA. TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA.
PENGHARGAAN PEJABAT KESIHATAN KEPADA SMKADG
- Super User
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENDERMA DARAH SMKADG
KEMPEN DERMA DARAH SMKADG 2017
- Super User
Keperluan bekalan darah di hospital dan klinik sentiasa diperlukan. Justeru, Kementerian Kesihatan menerusi Unit Darah di setiap hospital kerajaan saban waktu sentiasa menggalakkan orang ramai agar mengamalkan budaya ingin menderma darah untuk keperluan dan bantuan insan lain yang memerlukan.
Sesi penerangan dan kempen telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak berkenaan termasuklah di sekolah-sekolah supaya warga pendidik dan pelajar yang layak menderma untuk sama-sama menyahut seruan ‘suci’ menderma darah.
Jadi, berdasarkan atas keprihatinan, warga SMKADG telah menganjurkan kempen menderma darah khususnya sebagai bekalan kepada pihak hospital dan klinik semasa di bulan kemerdekaan ini.
Penganjuran yang diusahakan sendiri oleh Persatuan Pelajar Tingkatan Enam SMKADG nyata mendapat sambutan baik daripada kalangan pelajar , guru & Staff SMKADG
PELANCARAN PROGRAM MINGGU AYUH SEJAHTERA 2017
- Super User
SMKADG hari ini melancarkan Program Minggu Ayuh Sejahtera Peringkat sekolah, ianya telah dirasmikan oleh Tuan Pengetuan En. Salleh b AB Bakar. Program ini bertujuan bagi mengajak seluruh warga sekolah menjaga kesejahteraan pelajar di dalam sekolah. Menurut tn Pengetua, kesejahteraan itu perlu diberi perhatian semua warga termasuk guru dan masyarakat sekitar bagi membendung kes-kes salah laku pelajar. Bagi mengatasi masalah salah laku pelajar, pendidikan pencegahan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya misi Kemenjadian Murid tercapai seperti hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
“Pelajar diharap dapat menguasai lima aspirasi murid iaitu berpengetahuan, berkepimpinan, penguasaan lebih dari satu bahasa, beridentiti nasional, beretika dan mengamalkan nilai kerohanian.
“Jika pelajar mempunyai lima aspirasi ini, penglibatan dengan salah laku, sudah tentu menjadi penghalang kepada mereka,” katanya.
Dalam pada itu, tn Pengetua juga menyarankan semua warga sekolah menyediakan persekitaran sihat dan kondusif serta memantapkan lagi program kerohanian di samping memastikan pelajar terlibat dalam aktiviti kokurikulum atau sukan.
“Dengan cara ini, pelajar dapat menjauhi diri daripada terlibat pelbagai kes salah laku,” jelasnya.
MAJLIS KESYUKURAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA 2017
- Super User
6 Julai 2017 (khamis) – Majlis ini telah diadakan pada 6 julai yang lalu. Majlis ini diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seluruh warga sekolah. Walaupun diadakan pada skala yang sederhana berbanding majlis yang sama pada tahun sebelumnya, kemeriahannya tetap terasa dan objektif utamanya telah tercapai iaitu untuk merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah. Aktiviti ini juga merupakan salah satu dari aktiviti yang disyorkan di dalam Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diadakan di sekolah yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah khususnya dalam kalangan murid. Penganjuran aktiviti ini juga bagi menepati Aspirasi ke-4 Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang memberi penekanan kepada aspek perpaduan dalam kalangan murid.
Program #MalaysiaNgaji di SMKADG
- Super User
19 Jun 2017 (isnin) – Jam 12.00 tengahari sehingga jam 1.00 petang telah berlangsung Program #malaysiangaji “ SATU JAM BERSAMA AL-QURAN” di Surau sekolah, . Program selama satu jam itu telah disertai oleh semua warga sekolah. Program dimulakan dengan ucapan dari tuan pengetua seterusnya bacaan Al-Quran oleh kakitangan dan pelatih.
"Objektif program ini adalah untuk menjulang al-Quran sebagai landasan kehidupan dan menggalakkan masyarakat membaca al-Quran, memahami serta mengamalkan al-Quran di dalam kehidupan seharian,"